FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

02 Feb 2024

Trading

Jenis-jenis pesanan dalam MetaTrader 5. Tutorial FBS

Bila anda hendak membuka satu-satu dagangan di MetaTrader, anda ada 2 pilihan.

Anda boleh masuk ke pasaran – membeli atau menjual – pada harga semasa.

Di dalam kes ini, anda perlu klik “New Order”, kemudian pilih “Market Execution”.

Kemudian anda pilih sama ada “Sell by Market” atau “Buy by Market” dan dagangan anda akan dilaksanakan pada waktu itu juga.

Namun, mungkin sahaja anda tidak mahu membeli/jual pada harga semasa kerana anda mempertimbangkan satu aras kemasukan yang lain.

Dengan pesanan tertangguh, anda boleh pilih aras kemasukan tersebut terlebih dahulu dan dagangan anda akan dilaksana hanya jika harga menyentuh aras tersebut – ia akan berlaku secara automatik dan anda tidak perlu berada di depan monitor waktu itu.

Katakan anda jangkakan harga suatu pasangan matawang akan meningkat di masa depan, dan mahu membeli.

Ada dua kemungkinan.

Anda boleh tetapkan pesanan beli pada harga lebih rendah dari harga sekarang Jika anda fikir harga itu akan menurun dahulu dan selepas itu baru menaik.

Untuk membeli dari aras yang lebih rendah, pilih pesanan Buy Limit.

Anda juga boleh set pesanan beli di atas harga semasa jika anda menjangka kenaikan akan semakin rancak bila harga menembusi suatu aras tertentu.

Untuk membeli di aras harga lebih tinggi, pilih pesanan Buy Stop.

Ada pilihan-pilihan yang setara untuk menjual: anda boleh meletakkan pesanan menjual anda di atas harga semasa – untuk ini anda perlukan pesanan Sell Limit – atau di bawah harga semasa, yang mana anda perlukan pesanan Sell Stop.

Mari kita lihat bagaimana ia dilakukan di MT4.

Klik “New Order”. Di dalam kotak bertanda “Type” pilih “Pending order”.

Parameter tambahan akan terpapar di tetingkap.

Sebagai contoh, kita mahu membeli EUR/USD 30 pip di bawah harga semasa.

Jenis pesanan haruslah “Buy Limit”.

Kita taipkan aras harga kita di kotak “at price”.

Anda juga boleh menetapkan waktu luput bagi pesanan ini.

Jika pesanan ini tidak terpicu sehingga ke waktu ini, ia akan dipadam secara automatik.

Sila ambil perhatian, tempoh luput tidak boleh kurang dari 10 minit.

Jika kita perlu beli 30 pips dari harga semasa, kita perlu pilih pesanan jenis “Buy Stop”.

Klik "Place".

Nombor dan status pesanan tertangguh akan dipapar di tab “Terminal – Trade” dan aras harga pesanan akan ditunjuk di carta.

Untuk menyunting atau memadam pesanan tertangguh, klik kanan pada pesanan ini di tetingkap carta.

Sebaik sahaja harga menyentuh aras suatu pesanan tertangguh, satu posisi dagangan akan dibuka.

Perubahan ini akan ditunjukkan di tetingkap “Terminal – Trade”.

Tahniah! Anda sekarang sudah tahu cara menggunakan pesanan tertangguh.

Teruskan pelajaran Forex anda bersama FBS!

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Impak sosial kami

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.