Berisiko rendah
Ia jauh lebih selamat daripada melabur dalam saham, bon, atau dana amanah yang melabur dalam aset-aset seperti tersebut. Ia memang direka agar menjadi seperti ini dan dikawal agar tetap begitu.
Kemudahan pengoperasian
Mudah melabur dengannya: anda hanya perlu membeli atau menjual saham dana tersebut, dan selebihnya diuruskan bagi pihak anda. Anda boleh mencapai kepelbagaian dengan satu satu saham sahaja. Melakukannya sendiri jauh lebih rumit dan memakan masa kerana anda perlu terus melaburkan semula wang anda selepas mencapai tempoh matang jangka pendek. Dengan MMF, wang anda terus dilaburkan berulang-ulang kali selagi anda memiliki saham tersebut.
Hasilnya lebih tinggi
Terima kasih kepada "fund pooling", anda boleh mengakses kepada beberapa sekuriti tertentu dengan modal yang sedikit. Pulangan anda berkadar langsung dengan jumlah yang anda laburkan. Oleh kerana dana dikendalikan secara aktif dan melabur dalam posisi jangka pendek, dana tersebut cenderung menjana perolehan yang lebih tinggi berbanding deposit atau akaun simpanan. Menyimpan wang tunai anda dalam MMF adalah seperti menyimpan wang tunai anda dengan kuasa turbo.
Kecairan
Tidak seperti akaun bank tradisional yang membayar faedah, MMF tidak mempunyai tempoh penguncian, yang bermaksud mereka tidak akan mengenakan penalti jika anda mengambil balik wang anda sebelum tarikh tertentu. Anda boleh menebus pelaburan awal anda begitu sahaja, bersama dengan apa sahaja faedah yang telah dihasilkan oleh dana dalam tempoh tersebut. Kecairan ini menjadikan Dana Pasaran Wang (MMF) lebih menarik dan memberi pelabur kebebasan yang lebih besar.
Keterbatasan dana pasaran wang
Walaupun MMF mempunyai kelebihan, ia juga mempunyai keterbatasannya yang tersendiri.
Tiada jaminan atau insurans
Tiada jaminan sama sekali bahawa MMF akan menjana sebarang faedah untuk anda, dan anda berisiko kehilangan pelaburan anda jika dana jatuh bankrap. Wang anda tidak dilindungi seperti dengan akaun deposit atau simpanan yang diinsuranskan oleh FDIC. Sekali lagi, ganjaran yang lebih besar datang dengan risiko yang lebih tinggi.
Pulangan yang rendah
Walaupun MMF akan menjana lebih banyak wang berbanding memegang wang tunai atau meletakkannya dalam akaun simpanan, pulangannya masih sangat rendah berbanding dana amanah atau pelaburan yang lain. Jika kadar faedah diturunkan, dana tersebut juga akan menghasilkan pulangan yang lebih rendah. Sesetengah dana mungkin lebih bersedia untuk menimbal perubahan kadar faedah berbanding yang lain.
Kadar faedah yang rendah
Jika kadar faedah lebih rendah daripada inflasi, menyimpan wang anda dalam dana tersebut bererti anda kehilangan wang. Jumlah yang anda terima menerusi faedah terlalu rendah untuk mengatasi inflasi, oleh itu kuasa beli anda menurun. Anda boleh mengatakan bahawa sebarang amaun faedah adalah lebih baik daripada tiada faedah langsung, tetapi anda juga boleh kerah wang anda untuk berkerja lebih keras di tempat lain. Kebanyakan dana cenderung mengatasi inflasi, dan walaupun inflasi meningkat terlalu tinggi, kadar disesuaikan dan inflasi akhirnya turun kembali, jadi ia tidak berlangsung terlalu lama.
Risiko kredit
Jika ada bank yang meminjam wang dari dana itu mengalami kebankrapan, ia tidak dapat membayar balik kepada dana tersebut, dan para pelabur boleh kehilangan wang mereka. MMF cenderung melabur hanya dalam bank-bank terbesar dan paling kukuh serta boleh dipercayai, jadi walaupun ia masih lagi satu kebarangkalian yang berpotensi terjadi, kes kehilangan wang seperti ini sangat jarang berlaku.
Tekanan pasaran
Dalam kes yang sangat jarang berlaku, apabila pasaran mengalami tekanan yang hebat, harga NAV boleh "break the buck" dan jatuh di bawah $1. MMF dikawal selia dengan ketat untuk mengelakkan perkara ini, tetapi ia tetap satu kemungkinan yang jarang berlaku. Semasa krisis kewangan, dana juga boleh mengenakan yuran untuk mengehadkan penebusan. Jika keadaan menjadi sangat teruk, dana juga boleh menyekat pelabur daripada menebus wang mereka sepenuhnya sehingga keadaan reda. IIni dipanggil “redemption gate” ("pintu penebusan").
Rangkuman
Sentiasa lakukan penyelidikan dan baca mengenai dana yang anda ingin curahkan pelaburan anda, kerana sesetengah dana lebih bersedia untuk menghadapi kemeruapan pasaran, peristiwa geopolitik, kadar faedah yang diturunkan, dan ketidakpastian umum. MMF akan mempunyai prospektus dalam talian di laman web mereka yang memperincikan strategi, aset, prestasi, yuran, dan maklumat penting lain, membolehkan anda membuat keputusan secara bermaklumat. Anda juga boleh mendapatkan maklumat ini di laman web SEC.