
FBS kini 16 tahun
23 Jul 2025
Pengurusan risiko
Bayangkan ketika anda bangun dari tidur pada suatu hari dan mendapati bahawa anda telah kehilangan sebahagian besar wang disebabkan oleh peristiwa politik utama. Malah, strategi perdagangan terbaik juga tidak akan menjadikan anda kebal sepenuhnya terhadap perkara seperti itu. Risiko merupakan sebahagian daripada rencah perdagangan yang tidak dapat dipisahkan. Keupayaan untuk menguruskannya akan membolehkan anda tidak kehilangan semua dana sekaligus, sekiranya sesuatu yang tidak dijangka berlaku.
Dalam artikel ini, kami akan memberitahu anda tentang strategi paling biasa yang dapat membantu anda membuat keputusan lebih bijak serta melindungi simpanan anda.
Apakah itu pengurusan risiko dalam Forex?
Setiap trader menanggung kerugian .Ñ„ Pengurusan risiko memastikan kerugian tersebut tidak memufliskan anda. Ia termasuk saiz kedudukan, renti rugi, had risiko dagangan dan banyak lagi.
Matlamatnya bukan untuk memaksimumkan keuntungan tetapi untuk terus kekal dalam perdagangan.
Pelbagai jenis risiko sentiasa wujud dalam perdagangan Forex. Pelabur perlu bijak menguruskan risiko untuk kekal efektif serta mengelakkan kerugian yang besar. Langkah pertama bergantung sama ada seorang trader itu boleh menerima kerugian atau tidak. Sesetengah trader bersedia menerima kerugian yang lebih besar jika percaya kepada kejayaan muktamad mereka serta turut meraih keuntungan dalam dagangan yang lain. Yang lain pula lebih gemar untuk kekal lebih konservatif (berdagang secara kecil-kecilan) serta menerima keuntungan yang lebih kecil dengan kerugian yang lebih rendah.
Pengurusan risiko merangkumi beberapa strategi. Salah satu pilihan terbaik ialah melabur tidak lebih daripada 1-3% daripada semua dana yang ada dalam satu aset atau kelas aset. Peratusan ini membolehkan anda mengelakkan kerugian yang besar serta memastikan kedudukan kewangan anda stabil.
Konsep penting setiap trader wajib tahu
Jika anda ingin berjaya dalam perdagangan, anda perlu tahu beberapa konsep penting.
Risiko setiap dagangan tidak boleh lebih daripada 1-3% daripada semua wang yang ada dalam akaun anda. Strategi ini akan membantu mengelakkan kerugian semua dana anda. Sebagai contoh, jika anda mempunyai $5000 dalam akaun, maka kerugian maksimum yang dibenarkan untuk setiap dagangan ialah $150. Dengan cara itu, walaupun anda rugi, sebahagian besar deposit anda akan kekal selamat.
Pesanan renti rugi merupakan cara pelabur memastikan bahawa mereka tidak kerugian lebih daripada jumlah wang yang ditetapkan. Strategi renti rugi yang baik penting dalam perdagangan Forex. Ini kerana pasaran ini sangat mudah terdedah kepada pergerakan harga yang cepat dan mendadak.
Nisbah Risiko-Ganjaran (R/R) ialah nisbah antara potensi keuntungan dan potensi kerugian dalam satu pelaburan. Potensi ganjaran hendaklah sekurang-kurangnya dua kali ganda potensi risiko. Nisbah R/R yang ideal untuk trader ialah 1:2, 1:3 dan banyak lagi. Secara ringkas, untuk setiap dolar risiko, seorang trader harus memperoleh $2, $3 dan banyak lagi. Dua dagangan dengan nisbah 1:3 dan satu dagangan dengan nisbah 1:4 meliputi 10 dagangan yang tidak berjaya.
Penyusutan merujuk kepada kehilangan nilai pelaburan, dari puncak ke paras terendahnya. Kebiasaannya, ia dinyatakan sebagai peratusan penurunan dari nilai tertinggi ke nilai bawah yang berikutnya. Metrik ini berguna untuk menilai risiko sejarah pelaburan, membandingkan prestasi pelbagai dana atau menjejaki kemajuan portfolio.
Cara menyediakan pengurusan risiko dalam perdagangan Forex
1. Tetapkan tahap risiko yang sesuai bagi setiap dagangan. Biasanya ia tidak lebih daripada 1-3% daripada deposit dalam akaun anda. Peratusan yang lebih besar mewujudkan risiko yang lebih tinggi serta kemungkinan kerugian wang.
2. Tentukan aras renti rugi berdasarkan carta, bukannya nombor rawak. Gunakan kaedah ini untuk menetapkan renti rugi anda:
a) Renti rugi berasaskan peratusan ditentukan oleh peratusan daripada jumlah modal yang anda sanggup risikokan. Kebiasaannya, Trader menetapkan paling banyak 2% pada satu dagangan.
b) Renti rugi berasaskan kemeruapan adalah berdasarkan indikator ATR (Average True Range), yang mencerminkan julat kemungkinan perubahan harga aset sepanjang selang masa yang dipilih. Kaedah ini melaraskan renti rugi anda mengikut pergerakan semasa pasaran.
c) Aras sokongan dan rintangan ialah kaedah yang melibatkan peletakan pesanan renti rugi tepat di bawah aras sokongan atau tepat di atas aras rintangan. Strategi ini mempertimbangkan analisis teknikal dan sentimen pasaran.
d) Renti rugi purata bergerak ialah berdasarkan analisis purata bergerak untuk tempoh tertentu, seperti 50 hari.
3. Pengiraan saiz posisi boleh membantu anda menentukan bilangan aset tertentu yang anda perlu beli atau jual bagi setiap dagangan. Pengiraan anda hendaklah berdasarkan harga masuk, aras renti rugi dan risiko setiap dagangan.
4. Sentiasa semak nisbah risiko-ganjaran. Bagi mengelakkan kerugian semua wang dalam akaun anda, nisbah R/R hendaklah 1:2 atau 1:3. Ini merupakan satu-satunya cara bagi meningkatkan peluang anda untuk berjaya. Dalam keadaan lain, perkara terbaik yang perlu dilakukan ialah melangkau dagangan tersebut.
5. Sentiasa ikuti peraturan ini walaupun dalam keadaan yang dirasakan betul atau kelihatan seperti setup yang ‘sempurna’.
Katakan anda ada baki $1000 dalam akaun anda. Pakar menasihatkan trader baharu untuk menetapkan risiko 1% bagi setiap dagangan. Dalam kes ini, ia bernilai $10. Kemudian, anda perlu mengira nilai 1 pip berdasarkan USD: kita perlu tahu nilai pip berdasarkan pasangan matawang dan saiz lot. Bagi EURUSD, nilai pip untuk lot standard (100 000 unit) biasanya bernilai kira-kira $10 setiap pip (matawang sebut harga ialah USD). Untuk 0.02 lot, nilai pip ialah $10 x 0.02 = $0.20 setiap pip.
Anda merisikokan $10 dan setiap pip bernilai $0.20. Jadi, $10 ÷ $0.20 = 50 pip. Renti rugi ialah 50 pip, yang sepadan dengan jumlah kerugian yang sanggup anda tanggung ($10) berdasarkan nilai pip dagangan anda.
Kesilapan biasa dalam pengurusan risiko Forex
1. Mengabaikan renti rugi. Tanpa renti rugi, anda boleh kerugian keseluruhan bajet anda dengan begitu pantas. Mengharapkan harga akan kembali ke aras jangkaan anda bukanlah strategi yang baik. Penetapan renti rugi akan membantu anda berdagang dengan jayanya dalam jangka masa panjang.
2. Membuat keputusan berlandaskan emosi juga merupakan strategi yang tidak sesuai. Perdagangan mesti disertai dengan logik dan strategi, bukan keputusan pantas yang didorong oleh emosi. Ramai pelabur mengalami kerugian kerana mereka tidak mematuhi peraturan dan strategi yang ditetapkan: mereka keluar dari dagangan terlalu awal atau terlalu lewat, atau memindahkan renti rugi secara manual, atau mengambil risiko lebih tinggi selepas kerugian, dengan harapan untuk mendapatkan wang mereka kembali. Tindakan ini biasanya menyebabkan kerugian atau akibat yang teruk kepada trader. Kekal berdisiplin dan ingatlah bahawa peraturan wujud atas sebab tertentu..
3. Terlebih berdagang (Overtrading) dan dagangan bersaiz terlalu besar berlaku apabila trader membuat terlalu banyak dagangan kerana kebosanan, ketidaksabaran atau sebab-sebab lain. Ini membawa kepada peningkatan tahap tekanan, dan akhirnya menyebabkan kerugian. Untuk mengelakkan kesilapan ini, anda hanya perlu menumpukan perhatian kepada setup berkualiti tinggi yang sesuai dengan strategi anda.
4. Pemurataan turun ialah strategi apabila trader membeli saham tambahan daripada saham yang sedang jatuh harga. Pendekatan ini sering menjadikan keadaan semakin teruk.
Contoh pendekatan risiko berstruktur
Berikut merupakan contoh dua trader dengan strategi yang berbeza. Trader A lebih konservatif dan dalam jangka masa panjang, posisi mereka lebih stabil, manakala Trader B lebih berisiko dan keuntungan mereka mungkin lebih besar. Namun, jika berlaku kejatuhan, mereka akan kerugian lebih banyak. Strategi ini tidak sesuai untuk kekal bertahan bagi jangka masa yang lama.
Alatan yang membantu pengurusan risiko
Kalkulator saiz posisi membantu menentukan saiz lot yang ideal untuk dagangan anda berdasarkan baki akaun, toleransi risiko serta aras renti rugi yang dipilih. Contoh kalkulator tersebut ialah Myfxbook.com, Babypips.com dan Forextester.com.
Platform khas untuk trader seperti TradingView dan MT4. TradingView ialah rangkaian sosial untuk trader yang membolehkan anda bertanya soalan atau mengikuti sebut harga, berita, penyata kewangan dan banyak lagi. MT4 membolehkan anda menjalankan operasi dan mengkaji analisis teknikal.
Buat jurnal untuk menjejaki dagangan anda. Gunakan Notion atau Excel untuk tujuan itu.
Penutup: kuasai risiko sebelum strategi
Kesimpulannya, kecekapan pengurusan risiko merupakan bahagian penting dalam perdagangan kerana ia memastikan trader terus kekal berdagang. Trader profesional kekal berdagang bukan kerana mereka sentiasa betul tetapi kerana mereka tidak membiarkan satu dagangan menamatkan kerjaya mereka.
Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.